Tuesday, May 26, 2009

+sejarah kampar, perak+

+sejarah kampar, perak+
(sebagai kakitangan yg bekerja di daerah ini, apa salahnye memperkenalkan daerah kampar ini ya? btl tak?)

Dalam tahun 1880-an,apabila lombong-lombong dari Pulau Pinang dibuka di Larut dan Matang di Utara Perak di Lembah Kinta menyebabkan kedatangan orang Cina dari Pulau Pinang secara beramai-ramai. Kegiatan perlombongan ini telah dimulakan di kaki bukit di sekitar Bandar Ipoh, Papan, Jelapang, Lahat dan Batu Gajah.

Tetapi pada masa itu, masih belum wujud lagi bandar yang kita kenali sekarang sebagai Bandar Kampar.

Berdasarkan artikel Datuk Hashim bin Sam Abdul Latif (cucu Ngah Jabor) penempatan awal Kampar mempunyai kaitan dengan peristiwa pembunuhan J.W.W Birch sebagai Residen British di Perak kerana Ngah Jabor sebagai peneroka awal Kampar adalah salah seorang yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, yang lain-lainnya termasuklah Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Putum dan sebagainya. Bagaimanapun, Ngah Jabor terlepas dari sebarang hukuman apabila Raja Idris (Dris) yang kemudiannya menjadi Sultan Perak pada 1887 menjadi hakim mengadili orang-orang yang terlibat dalam Pembunuhan Birch pada 1876.

Raja Idris dan Ngah Jabor mempunyai hubungan kekeluargaan sebagai saudara sesusu, kerana semasa kecil Raja Idris disusui oleh ibu Ngah Jabor dan menjadi amalan biasa bagi keluarga Diraja menyusukan anaknya kepada orang lain terutama dari golongan orang-orang kenamaan.

Antara tahun 1876 sehingga 1886 kemungkinan Ngah Jabor menghilangkan diri untuk betapa/menuntut ilmu bagi memperlengkapkan diri dan muncul kembali di kalangan umum dengan satu identiti yang baru sebagai Mohamad Jabor. Kemungkinan pada masa menyepikan diri beliau telah membuka penempatan baru di Kampar untuk mengelakkan diri dari pengetahuan pihak British.
//sumber daripada portal PDTK//